Follow ~mengikut

Isnin, 23 April 2012

MENJADI KISMIS SEBELUM ANGGUR

     kisah yg akan dikongsikan ini sy terbaca  di mesir(solusi) ternyata ia berasal dr kitab al ashbah wa al naza'r karangan ibnu nujaim al hanafi.lalu dikisahkan kembali oleh syeikh zahid al kauthari  dalam kitabnya Husn al-Taqadhi fi sirah Abi yusuf al qadhi.


     kisah ini berkenaan dgn imam Ya'kub bin ibrahim al ansari yg masyhur dgn panggilan abu yusuf(wafat 182 H). beliau adalah murid kesayangan imam abu hanifah.beliau sangat bijak,hafalannya kuat dan bnyak ilmu.Antara kebanyakan murid abu hanifah,abu yusuf  sering terkedepan dalam semua perkara.

    Pada suatu hari,Abu Yusuf merasai bahawa ilmu yg dimilikinya itu sudah mencukupi.Sudah tiba saatnya untuk menjadi tokoh ulama yg mampu menjawab semua permasalahan umat.Beliau lalu meninggalkan majlis abu hanifah dan membuka majlis ilmunya sendiri.dalam majlis itu abu yusuf mempersilakan setiap org untuk menimba ilmu atau mengajukan soalan kepadanya.

     Mengetahui perkara ini Abu hanifah berniat untuk menyedarkan muridnya itu.Diam-diam, beliau mengutuskan seseorang ke majlis abu yusuf dgn beberapa soalan untuk mengujinya.

     Org itu berkata kpd abu yusuf:"saya menyerahkan seepotong kain kepada seorang penjahit untuk dijadikan baju.Apabila saya tanyakan, penjahit itu mengingkari pernah menerima kain kepada saya.Namun keesokanya. ia memberikan saya kain itu yang telah dijahit menjahit baju.Soalan saya, apakah ia berhak menerima upah.

     Abu Yusuf menjawab:"Ia berhak menerima upah."
     Orang itu berkata:"Jawapan mu salah."
     Abu Yusuf mengubah jawapannya:"Ia tidak berhak menerima upah."
    Orang itu kembali berkata: "Jawapanmu salah." Abu Yusuf menjadi sangat bingung.
   
    Orang yang telah dilatih oleh  Abu Hanifah ini lalu berkata:"Jawapan yang benar adalah, jika baju itu di jahit sebelum ia mengingkari menerima kain, maka ia berhak menerma upah. Namun jika kain itu dijahit setelah ia mengingkari menerima kain, maka ia tidak berhak."
 
    Orang itu terus mengajukan beberapa soalan lain. Setiap kali Abu Yusuf menjawab, ia menyatakan bahawa jawapan itu salah lalu mengemukakan jawapan yang tepat.

    Diskusi tersebut berjaya menyedarkan Abu Yusuf kejahilan dirinya. Dirinya ternyata belum layak menjadi seorang ulama, malah masih perlu banyak belajar lagi daripada para ulama. Akhirnya, beliau memutuskan untuk kembali ke majlis ilmu Abu Hanifah untuk melanjutkan pengajiannya. Apabila melihat Abu Yusuf , Abu Hanifah tersenyum dan berkata:"Engkau  jadi kismis seberlim menjadi anggur."