Follow ~mengikut

Khamis, 29 Mac 2012

TIP-TIP PANJANG UMUR

     Salam...hari yg penuh berkat serta nikmat dapat menghirup nafas yg tak perlu bayar dengan duit nie...kita bersyukur kerana diberi kesempatan untuk hidup lagi....hari ni ana nk share sikit tipx2 panjang umur kat korang semua..agar dapat diamalkan dan di manfaatkan kepada org lain.

1.Amal Jariah
     Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud"apabila meninggal anak cucu adam(manusia) maka terputuslah amalnya kecuali 3 hal sahaja iaitu sedekah jariah,ilmu yg diambil manfaatnya oleh manusia,dan anak yg soleh yg berdoa untuknya" (Riwayat Ahmad).
     
     selain itu Rasulullah S.A.W juga bersabda yg bermaksud sesungguhnya amal soleh yg akan menyusul org mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yg dia ajarkan dan disebarkan, anak soleh yg ditinggalkan, mushaf alquran yg dia wariskan,masjid yg bangun,rumah tempat singgah musafir yg dia dirikan,air sungai(irigasi) yg dia alirkan dan sedekah yg dia keluarkan kala sihat dan masih hidup.semua ini akan menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak. (Riwayat Ibn Majah dan Al Baihaqi)

2.Jihad
     Allah berfirman yg bermaksud "dan jgnlah kamu mengatakan terhadap org yg gugur dijalan alla,(bahawa mereka itu)mati.bahkan (sebenarnya)mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedari" (surah al-baqarah 2:154)
yg dimaksudkan dengan hidup disini adalah hidup di alam yg lain yg bukan alam kita ini, di mana mereka mendapat kenikmatan-kenikmatan di sisi allah .dan hanya allah sahaja lah yg mengetahui bgaimana keadaan hidup itu.

3.Laillatulqadar
     umur umat muhammad tidaklah panjang sangat jika dibandingkan dgn umatx2 sebelum kita.Namun usia yg singkat ini satu rahmat,jika berhasil menemui lailatulqadar. apa tidaknya,beribadah pada malam tersebut ibarat beribadah seribu bulan. jadi hidup kejap tp amalan berganda.

4.Elak Maksiat
     Syeikh Ibrahim Al-Bajuri dalam Hasniahnya bercerita bahawa usia Imam Abu Syuja' sangat panjang,iaitu hingga 160 tahun.meskipun sudah sangat tua, namun tidak ada satu pon anggota tubuhnya yg rosak.
pendengaran,penglihatan,dan ingatannya tetap sihat seperti seorang pemuda.

    Apabila ditanya,apa rahsianya, ulama ini menjawab "Saya menjaga anggota badan ini dari melakukan maksiat pada masa muda,maka lalu allah menjaganya pada masa tua"

     Hidup seorang ulama adalah perwujudan al-quran dan hadis. jawapan imam besar ini segera mengingatkan ana kpd riwayat Imam at tarmizi daripada Ibn abas r.a., bahawa nabi s.a.w pernah berpesan kpd nya:"wahai anak, aku akan mengajarkn kpd mu beberapa kalimat. JAGALAH ALLAH,MAKA ALLAH AKAN MENJAGAMU" (ini adalah hadis hasan sahih)

5.Perbanyakkan ketaatan
     Balasan Allah selalu disesuaikan dengan amalan yg dilakukan hamba. Sesiapa yg memuliakan allah , maka Allah akan memuliakannya. Dan sesiapa yg mengabaikannya, maka allah akan mengabaikannya.

     Ibnu Rajab bercerita, suatu hari seorng ulama salaf melihat seorang yg sangat tua sedang mengemis dan memintax2 kepada manusia. Ulama itu berkata "Orang ini mengabaikan Allah pada masa mudanya, maka Allah mengabaikannya pada masa tuanya"

6.Silaturahim
     Orang yg menyambung silaturahim akan panjang usianya.

7.Doa
     Panjatkan doa kepada Allah s.w.t supaya umur korang dipanjangkan. bukan dengan lama hidup tp dengan kualiti hidup. Apa guna jika hayat panjang tetapi masa terbuang dgn siax2.

     Ada yg umur pendek namun pencapaiai yg memberansang yg menyerupai orgg yg telah hidup lama.

8.Berbuat Kebaikan
     Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud "tidak ditolak qadak kecuali dengan doa, dan tidak bertambah umur kecuali dengan kebaikan" (riwayat At-tirmizi no:2139) menurut At tirmizi, hadis ini hasan ghrib.





     Jadi inilah sedikit sebanyak yg ana nk share kat korang semua supaya kita boleh tengk n ambil ini sebagai  latihan untuk panjang umur bukan bukan umur usia  sahaja tp umur amal ibadah kita.. Wallahu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan